Komsas

Komsas ialah kata akronim bagi 'Komponen Sastera'. Komsas merupakan komponen dalam subjek bahasa Melayu yang diperkenalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum di Mac 2000, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di semua sekolah menengah.

Dalam subjek bahasa Melayu, setiap tingkatan diberi 2 buah buku iaitu sebuah novel dan sebuah antologi. Apabila sampai ke Tingkatan 3, mereka sudah membawa 6 buah buku.

Novel yang dipilih terdiri daripada pelbagai genre yang dihasilkan oleh novelis Malaysia dan tidak semestinya Sasterawan Negara. Karya-karya Sasterawan Negara dianggap berat, panjang dan hanya sesuai untuk bacaan umum, bukan untuk tahap pemikiran pelajar Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) (dahulunya Penilaian Menengan Rendah (PMR) sebelum 2014) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kupasan novel termasuk dalam Bahagian B Kertas Bahasa Melayu PMR dan membawa markah 10% sahaja.

'Antologi' pula merupakan kumpulan pelbagai genre seperti puisi moden, puisi klasik, cerpen, sedutan teks klasik dan drama.