Komik-M

Komik-M ialah sebuah imprin komik di bawah syarikat PTS Media Group. Ia ditubuhkan awal tahun 2008, di bawah anak syarikat PTS Millenia Sdn Bhd. Pada tahun 2009, Komik-M diletakkan di bawah PTS Pop Sdn Bhd, sebuah anak syarikat PTS yang ditubuhkan untuk pasaran pembaca dewasa dan remaja.

Komik-M menekankan unsur patuh syariah, menggunakan Bahasa Melayu Tinggi dan memperkenalkan budaya Malaysia sebagai konsep asasnya. Ia mempunyai perlbagai genre seperti fantasi, sukan, pembelajaran dan agama. Komik-M menerbitkan dua jenis konsep iaitu komik antologi dan komik bersiri.