PTS Media Group
| Diasaskan pada | 1988 |
|---|---|
| Pengasas | Ainon Mohd Abdullah Hassan |
| Negara asal | Malaysia |
| Lokasi ibu pejabat | Kuala Lumpur |
| Pengedaran | Kedai Borong PTS Bookcafe Buku Lelong Kedai Buku PTS |
| Imprin | PTS Publishing House PTS Junior Bookiut Komik-M Penerbit X Puteh Press |
| Laman web rasmi | pts.com.my |
PTS Media Group Sdn Bhd (dahulunya sebagai PTS Consultants Sdn Bhd) ialah sebuah kumpulan syarikat penerbitan dan pengedaran buku di Malaysia. Ia menghimpunkan beberapa buah syarikat di bawah jenama PTS yang diasaskan oleh pasangan penggiat bahasa, Ainon Mohd dan Profesor Emeritus Abdullah Hassan. PTS merujuk kepada singkatan Professional Training Service.