Kolej Matrikulasi Perak
| Jenis | Kolej Matrikulasi |
|---|---|
| Ditubuhkan pada | 1 Mac 2002 |
| Pengarah | - |
| Pelajar | Sehingga 2018, anggaran 2000 orang pelajar |
| Lokasi | , |
| Laman sesawang | www.kmpk.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) ialah Kolej Matrikulasi yang ke-6 yang telah ditubuhkan di Perak. Kolej Matrikulasi Perak terletak di Gopeng, Perak. Jaraknya dengan Bandaraya Ipoh ialah sejauh 20 km dan 4 km dari pekan Gopeng. KMPk telah beroperasi pada 1 Mac 2002 dan kakitangan Kolej mula bertugas pada tarikh tersebut dengan ambilan 123 orang pensyarah, 4 ketua jabatan dan 3 orang penolong pengarah. Bilangan ambilan Mac 2002 ialah seramai 722 orang.