Koir

Paduan suara (juga koir Mal., kor Ind.) ialah satu penghimpunan penyanyi vokal mahupun muzik membentuk suatu ensembel yang menyanyi dengan suara yang seiring dan harmoni; pemaduan sebegini lazim terdiri daripada beberapa bahagian nyanyian (bahasa Inggeris: part, Jerman: Stimme) yang diketuai oleh seorang konduktor yang mengarahkan kelompok-kelompok ini menyanyi ikut cara, nada atau masa tertentu lalu segerak atau serentak.

Dalam pengertian ini, cara penyanyian suara juga mencakup kumpulan vokal (vocal group), walaupun kedua-dua istilah ini kadangkalanya ada saling dibezakan juga.