Tecmo Koei
| Jenis/bentuk sah | Awam, TYO: 3635 |
|---|---|
| ISIN | JP3283460008 |
| Industri | Industri permainan video |
| Ditubuhkan | 1 April, 2009 |
| Pengasas | Yasuharu Kakihara, Pengerusi Kenji Matsubara, Presiden dan CEO |
| Ibu pejabat | Tokyo , Jepun |
| Keluaran | Tecmo: Dead or Alive Gallop Racer Ninja Gaiden Tecmo Bowl Deception Fatal Frame Monster Rancher Rygar Koei: Dynasty Warriors Samurai Warriors Nobunaga's Ambition series G1 Jockey Romance of the Three Kingdoms Kessen Crimson Sea Toukiden |
| Bilangan kakitangan | 1,983 (2021) |
| Anak syarikat | Koei, Tecmo |
| Tapak web | (Jepun) www.koeitecmo.co.jp/ |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Tecmo Koei Holdings Co., Ltd. (コーエーテクモホールディングス, Kōē Tekumo Horudingusu), merupakan sebuah syarikat induk Jepun yang ditubuhkan pada tahun 2009 apabila Koei bergabung dengan Tecmo.
Koei Europe berubah menjadi Tecmo Koei Europe, Ltd dan kini mengeluarkan permainan video di bawah nama tersebut. Pada bulan Januari 2010, Tecmo, Inc. dan Koei Corporation bergabung menjadi Tecmo Koei America Corporation. Tecmo telah diisytiharkan berbubar di Jepun, berkesan sejak 1 April, 2010. Koei Canada, Inc. pula berubah nama menjadi Tecmo Koei Canada, Inc.
Tecmo Koei mencipta sebuah divisi di Vietnam bergelar Koei Tecmo Vietnam, termasuklah mencipta beberapa bahagian lain di Singapura, Korea, dan Taiwan.