Knoppix
| Knoppix | |
|---|---|
Knoppix 5.3.1 with KDE | |
| Maklumat umum | |
| Eponim | Klaus Knopper (mul) |
| Jenis sistem | Edaran Linux |
| Keluarga sistem | Linux |
| Pembangun | Klaus Knopper |
| Keadaan kerja | Semasa |
| Model sumber | Sumber terbuka |
| Keluaran awal | 30 September 2000 |
| Keluaran terkini | 8.6.1 / 23 November 2019 |
| Tersedia dalam | |
| Ciri teknikal | |
| Kaedah pengemaskinian | APT (en) |
| Pengurus pakej | dpkg (mul) |
| Jenis inti | Monolit, Linux |
| Lesen | Kebanyakannya GPL |
| Pautan berkaitan | |
| Tapak web | www.knoppix.org |
| sunting ยท sunting di Wikidata | |
Knoppix atau KNOPPIX (disebut nopiks), ialah sebuah sistem pengendalian berdasarkan Debian yang direka bentuk supaya dapat dijalankan dengan langsung daripada CD atau DVD. Knoppix dibangunkan oleh Klaus Knopper dan mendapat nama daripada beliau. Apabila sesuatu atur cara dimulakan, atur cara itu dimuat daripada cakera optik dan dinyahmampat ke dalam pemacu RAM. Proses penyahmampatan ini dilakukan secara dinamik dan serta-merta.
Matlamat pembangunan Knoppix ialah supaya dapat dijalankan secara langsung daripada cakera optik. Walau bagaimanapun, sistem pengendalian ini boleh dipasang ke dalam cakera keras seperti sistem-sistem pengendalian yang lain. Komputer yang menyokong but daripada peranti USB boleh memuat Knoppix daripada pemacu USB.
Terdapat dua edisi utama Knoppix: edisi cakera padat (700 megabait) dan edisi DVD (4.7 gigabait). Setiap edisi pula boleh didapati dalam dua edisi bahasa, iaitu edisi bahasa Inggeris dan edisi bahasa Jerman.
Kebanyakan perisian yang terkandung dalam Knoppix adalah perisian bebas. Namun begitu, Knoppix juga memuatkan beberapa perisian hak milik.