Bas Bersiri Sejagat
Bas Bersiri Sejagat (bahasa Inggeris: Universal Serial Bus, disingkatkan kepada USB) merupakan piawaian bas bersiri untuk peranti penyambung, biasanya digunakan untuk komputer peribadi. Namun, penggunaannya semakin luas, termasuk penggunaan untuk konsol permainan video dan pembantu digital peribadi serta untuk perkakasan rumah seperti televisyen dan kelengkapan stereo rumah. Pelaksanaan USB berdasarkan spektrum radio dikenali sebagai USB Wayarles atau WUSB.
Versi terbaru (hingga Januari 2005) USB adalah versi 3.0. Perbezaan paling ketara antara versi baharu dan lama ialah dari segi kepantasan pemindahan data.