Kitab Mengzi

Mèngzǐ
孟子
Cetakan kitab Mengzi bertarikh abad ke-13 di Muzium Istana Negara Taipei, Taiwan
Umum
PengarangMengzi
NegaraChina
Bahasabahasa Cina
GenreFalsafah
Tarikh penerbitan
sekitar 300 SM

Kitab Mengzi (Bahasa Cina: 孟子pinyin: Mèngzǐ; bahasa Cina Kuno: *mˤraŋ-s tsəʔ, bahasa Inggeris: Mencius) merupakan himpunan anekdot dan penulisan Mengzi berkaitan falsafah-falsafah moral dan politik sepertimana yang dibincangkan antara beliau dengan para penguasa Tionghua ketika negeri-negeri mereka saling berperang, para pelajar Mengzi serta pemikir kontemporari.

Kitab ini merupakan antara penulisan berkaitan Konfusianisme paling penting serta dilihat sebagai penyambung dan penerang lanjut ajaran yang diungkapkan dalam kitab Lúnyǔ (論語) oleh Konfusius.