Kisah Kaisara

Kisah Kaisara
GenreDrama remaja
PenciptaAziz M. Osman
Ditulis oleh
  • Amor Rizan
  • Aben Othman
  • Nyon Othman
  • Irwan Idris
  • Yob Fadzil
  • Husni Othman
PengarahNyon Othman
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan
  • "Jikalau Aku" oleh Ezlynn (Musim 1)
  • "A.E.I.O.U." oleh Elliza Razak dan Ahli Fiqir (Musim 2-3)
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim3
Bilangan episod39 (Senarai episod)
Penerbitan
Penerbit eksekutifNor Aliah Lee
PenerbitAziz M. Osman
Penyunting
  • Faizal Bakhtar
  • Aben Othman
LokasiMalaysia
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran19–20 minit
Syarikat penerbitan
Ace Motion Pictures
Penyiaran
Saluran asal
Format gambar480i (SDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal30 Oktober 2007 (2007-10-30) – 23 September 2009 (2009-09-23)
Pautan luar
Laman sesawang

Kisah Kaisara ialah sebuah siri drama remaja Malaysia 2007 terbitan Aziz M. Osman, dibintangi oleh Sari Yanti, Nabila Nasir, Farid Irwan Baharin, Elliza Razak, Wan Sharmila, Aeril Zafrel, Faralyna Idris dan Faizul Hafiz. Premis cerita ini berkisarkan tentang pelajar perempuan sekolah menengah bernama Kaisara, yang belajar di SMK Yaacob Latif, Kuala Lumpur. Siri ini memulakan tayangan perdana dari 30 Oktober 2007 dan tamat pada 23 September 2009 di TV3 dan TV9 sebanyak 3 musim dan 39 episod.

Sewaktu disiarkan, siri ini telah disenaraikan sebagai antara 5 teratas rancangan TV Malaysia yang paling ditonton pada 2007 dengan jumlah 3.5 juta penonton dan meraih jumlah pengikut yang terbesar, terutama di kalangan gadis remaja. Siri ini ditaja oleh Kotex. Sebuah webisod berdasarkan daripada siri ini dilancrkan pada Julai 2010 dengan berdurasi selama 15 minit setiap episod. Ia juga boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.


Siri ini akan ditayangkan bermula 30 November 2027 hingga 24 Julai 2029 di Mediacorp Suria.