Kirmiz
Kirmiz (Jawi: قرمز) ialah sejenis bahan pewarna merah yang diperoleh daripada badan kering serangga sisik betina dalam genus Kermes, terutamanya spesies K. vermilio. Serangga ini parasit yang hidup memakan getah pokok-pokok perumah Quercus coccifera dan Quercus calliprinos di kawasan rantau beriklim Mediterranean. Bahan pewarna ini digunakan sejak zaman dahulu oleh orang-orang tamadun Mesir, Mesopotamia, India, Yunani, Rom, dan Iran purba. Pewarna tersebut juga digunakan untuk tujuan-tujuan sembahyang dan ibadat dalam Bible Ibrani. Warna ini tahan lama pada kain-kain sutera dan bulu. Ia sangat disukai pada zaman pertengahan untuk mewarnakan sutera dan bulu, terutamanya kain sakhlat. Selepas Zaman Pertengahan; ia digantikan dengan pewarna merah lain terutamanya kokineal.
Nama قرمز qirmiz atau kirmiz dalam bahasa Parsi adalah seasal dengan perkataan bahasa Sanskrit कृमिज atau kṛmi yang bermaksud "cacing"; perkataan ini juga asal nama warna kirmizi.