Dactylopius coccus

Cochineal
Kokineal betina (kiri) dan jantan (kanan)
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Dactylopiidae
Genus:
Dactylopius
Spesies:
D. coccus
Nama binomial
Dactylopius coccus
Costa, 1835
Sinonim

Coccus cacti Linnaeus, 1758
Pseudococcus cacti Burmeister, 1839

Dactylopius coccus atau nama umumnya kokineal (bahasa Inggeris: cochineal, Sepanyol: cochinilla, bahasa Nahuatl: nocheztli​) adalah serangga sisik parasit dalam suborder Sternorrhyncha bertaburan dari kawasan-kawasan tropika dan subtropika Amerika Selatan melalui Amerika Utara (Mexico dan Barat Daya Amerika Syarikat);

Serangga ini menghasilkan sejenis asid melindungi diri dari pemangsaan serangga lain iaitu asid karminik, asid ini dapat diekstrak dari tubuh dan telur serangga kemudian diproses untuk menghasilkan pewarna semula jadi dalam industri makanan dan persolekan terutamanya gincu (E120 atau Natural Red 4).