Kirios
Kirios atau kurios (Yunani: κύριος, rumi: kū́rios (kuno), kyrios (moden)) ialah perkataan Yunani yang biasanya diterjemahkan sebagai "tuan" atau "Tuhan". Ia digunakan kira-kira 7000 kali dalam terjemahan Septuaginta bagi naskhah-naskhah Ibrani, khususnya untuk menterjemah nama YHWH (Tetragramaton), dan ia muncul dalam Perjanjian Baru Yunani Koine kira-kira 740 kali, biasanya merujuk kepada Yesus.