Kim Yoo-jung
Kim Yoo-jung | |
|---|---|
| Kelahiran | 22 September 1999 |
| Nama lain | Kim Yu-jeong |
| Pekerjaan |
|
| Tahun aktif | 2003–sekarang |
| Ejen | SidusHQ |
Kim Yoo-jung (lahir 22 September 1999) ialah seorang pelakon dan model wanita Korea Selatan. Beliau mula berlakon pada tahun 2003 dan merupakan salah seorang pelakon kanak-kanak paling terkenal di Korea Selatan. Beliau kemudiannya beralih ke peranan remaja dengan membintangi drama Moon Embracing the Sun (2012), May Queen (2012) dan Angry Mom (2015). Beliau merupakan pengacara program muzik Inkigayo dari bulan November 2014 sehingga April 2016 dan membintangi drama Love in the Moonlight (2016).