Kim Chiu

Kim Chiu
Kelahiran
Kimberly Sue Yap Chiu

(1990-04-19) 19 April 1990
WarganegaraFilipina
PendidikanPerniagaan
Pusat pendidikanUniversiti Filipina
PekerjaanPelakon, model, penyanyi, pengacara
Tahun aktif2006–kini
MajikanABS-CBN
EjenStar Magic (2006-kini)
Terkenal keranaSana Maulit Muli
My Binondo Girl
Ina, Kapatid, Anak
Ketinggian5 ft 4.8 in (1.65 m)
Ibu bapaLouella Yap (ibu; meninggal dunia)
William Chiu (bapa)

Kimberly Sue Yap Chiu atau lebih dikenali sebagai Kim Chiu (Bahasa Cina: 張金珠; lahir 19 April 1990) merupakan seorang pelakon, model dan penyanyi wanita Filipina yang berketurunan Cina. Beliau merupakan bekas peserta rancangan Pinoy Big Brother dan artis di bawah Star Magic, syarikat pengurusan bakat milik konglomerat penyiaran Filipina, ABS-CBN.

Chiu mula dikenali menerusi drama Sana Maulit Muli (2007) yang melayakannya memenangi Most Promising Female Star di GMMSF. Ia diikuti oleh lakonannya menerusi drama My Girl (2008), Tayong Dalawa (2009), Kung Tayo’y Magkakalayo (2010), My Binondo Girl (2011-2012), Ina, Kapatid, Anak (2012-2013) dan Ikaw Lamang (2014).

Beliau juga berlakon dalam beberapa filem termasuk Bride for Rent (2011), yang mencatat kutipan 326 juta Peso Filipina dalam sejarah perfileman Filipina. Filem lakonannya termasuk I Love You, Goodbye (2009) dan Bakit Hindi Ka Crush Ng Crush Mo? (2013).

Beliau menerima Anugerah PMPC bagi kategori Pelakon Drama Terbaik, empat pencalonan di Anugerah FAMAS (menang satu anugerah) dan mendapat jolokan Puteri Filem dan TV Filipina atas kecemerlangannya dalam industri televisyen dan filem di Filipina.