A. Rahman Hassan


A. Rahman Hassan
A. Rahman dan isteri, Azizah pada 1970-an.
Kelahiran
Abdul Rahman bin Hassan

(1946-07-30)30 Julai 1946
Meninggal dunia13 Jun 2019(2019-06-13) (umur 72)
Sebab kematianPendarahan otak, angin ahmar
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Taman Keramat, KL
PekerjaanPenyanyi
Pasangan
Anak-anak3 (termasuk Khir Rahman)
Kerjaya muzik
GenrePop
Alat muzik
  • Vokal
  • gitar
Syarikat rakaman
Kegiatan berkaitanOrkes Nirwana

Dato' Abdul Rahman bin Hassan (30 Julai 1946 – 13 Jun 2019) merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia. Beliau mencipta nama sebagai penyanyi era 60-an dan 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia dan Singapura.

Beliau turut memenangi Anugerah Tokoh Kepimpinan Industri Muzik dalam Anuegrah Kecapi Papuita 2006. Beliau telah mendirikan rumah tangga bersama Datin Azizah binti Mohamad yang juga merupakan penyanyi Kumpulan Orkes Nirwana.

Selepas isteri pertama beliau meninggal dunia, pada 26 April 2013, beliau telah bernikah dengan dramatis Datin Fadilah Mansor pada 25 Disember 2014.