Khalil al-Hayah

Khalil Al-Hayah
خليل الحية
Khalil pada 2022
Timbalan Ketua Biro Politik Hamas
Dalam jawatan
6 Ogos 2024 – 16 Oktober 2024
KetuaYahya Sinwar
Didahului olehYahya Sinwar
Digantikan olehADK
Timbalan Ketua Hamas
di Genting Gaza
Dalam jawatan
2017 – 16 Oktober 2024
KetuaYahya Sinwar
Didahului olehIsmail Haniyeh
Digantikan olehADK
Ahli Parlimen Palestin
bagi Gaza
Menyandang jawatan
Januari 2006
Berkhidmat with Said Seyam, Ahmed Bahar, Mohammed Faraj Al-Ghul, Jamal Saleh, Jamal Al-Khudari, Ziad Abu Amr dan Husam Tawil
Kumpulan parlimen Blok Perubahan dan Pembaharuan
Maklumat peribadi
Lahir
Khalil Ismail Ibrahim Al-Hayah
خليل إسماعيل إبراهيم الحية

1960 (umur 64–65)
Gaza
Parti politik Hamas

Khalil Al-Hayah (Arab: خليل الحية) ialah seorang pegawai kanan Hamas yang pernah dipilih sebagai anggota Majlis Perundangan Palestin (PLC) pada 25 Januari 2006 sebagai wakil rakyat bagi Kota Gaza. Beliau tinggal di kejiranan Syujaiyah. Beliau juga merupakan anggota Biro Politik Hamas dan timbalan ketua Biro Politik Hamas di Gaza.

Tujuh atau lapan orang ahli keuarganya, termasuk dua orang saudara lelakinya, dibunuh Israel dalam siri keganasan semasa konflik Israel–Palestin 2007.. Seorang daripada anak lelakinya terbunuh dalam serangan udara Israel pada 2008 semasa melancarkan serangan roket briged. Anak lelakinya yang lain, menantu perempuannya, dan cucunya terbunuh dalam serangan udara di rumahnya pada Julai 2014 semasa konflik Israel–Gaza 2014. Beliau menyeru kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengiktiraf Palestin dengan menggunakan sempadan sebelum 1948.

Ketika berlakunya Perang Pedang al-Quds, kediamannya di Syujaiyah telah dibom dalam satu serangan udara oleh Israel pada 15 Mei 2021.