Khalid Abu Bakar

Khalid Abu Bakar
PMN, PSM; SPMP; SSAP; JMN
Tan Sri Khalid Abu Bakar
Ketua Polis Negara Malaysia ke-10
Dalam jawatan
17 Mei 2013 – 4 September 2017
RajaSultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Sultan Muhammad V
Didahului olehIsmail Omar
Digantikan olehMohamad Fuzi Harun
Maklumat peribadi
Lahir (1957-09-05) 5 September 1957
Seremban, Negeri Sembilan, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
SaudaraWanna Ali (Menantu)
Tempat belajarUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia
PekerjaanPegawai polis
Paparan amaran: Page using Template:Infobox officeholder with unknown parameter "prime_minister"

Yang Dihormati KPN Tan Sri Dato' Seri Khalid Abu Bakar (lahir 5 September 1957) ialah bekas Ketua Polis Negara Malaysia yang ke-10. Beliau dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 17 Mei 2013, menggantikan Tan Sri Ismail Omar yang tamat tempoh pelantikan secara kontrak dan bersara wajib secara pilihan. Tan Sri Datuk Seri Panglima Mohd Bakri Mohd Zinin menjadi timbalannya.

Beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada 14 April 2011. Pelantikan tersebut bagi menggantikan Tan Sri Hussin Bin Haji Ismail yang bersara wajib. Tan Sri Khalid memegang jawatan sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam dan pernah memegang jawatan Ketua Polis Selangor sebelum ini.