Khairul Faizi Ahmad Kamil
Tuan Khairul Faizi Ahmad Kamil KMN | |
|---|---|
| Ketua Penerangan Parti Perikatan Nasional Johor | |
| Menyandang jawatan 15 Januari 2021 | |
| Didahului oleh | Penyandang sulung |
| Penolong Setiausaha Agung PAS | |
| Menyandang jawatan 2013 | |
| Didahului oleh | Takiyuddin Hassan |
| Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia | |
| Dalam jawatan 2010–2013 | |
| Didahului oleh | Kamaruzaman Mohamad |
| Digantikan oleh | Abang Mat Kerdee Abang Masagus |
| Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor | |
| Dalam jawatan 2005–2011 | |
| Didahului oleh | Mazlan Aliman |
| Digantikan oleh | Suhaizan Kaiat |
| Yang Di Pertua PAS kawasan Kluang | |
| Menyandang jawatan 2011 | |
| Timbalan Ketua Pengarah PASTI Malaysia | |
| Dalam jawatan 2005–2007 | |
| Pengarah PASTI Negeri Johor | |
| Dalam jawatan 2000–2005 | |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 11 Januari 1973 Kluang, Johor |
| Parti politik | PAS (2020-kini) PAS |
| Kediaman | Johor |
| Pekerjaan | Ahli politik, Penulis, Penceramah |
Khairul Faizi Ahmad Kamil (Jawi: خير الفاءيزي بن احمد کامل; lahir 11 Januari 1973) ialah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Di peringkat parti, beliau merupakan Penolong Setiausaha Agung PAS, mantan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor dan mantan Yang Dipertua PAS Kawasan Kluang, Johor. Beliau juga merupakan mantan Ketua Penerangan Perikatan Nasional negeri Johor.
Beliau adalah merupakan Ketua Pengarah Pertubuhan Pengurusan Kecemasan dan Bencana Malaysia (Khidmat Malaysia) sejak tahun 2019.
Beliau telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah di Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) pada 15 Mei 2020 sehingga 8 Mac 2021 dan Pengerusi Majlis Persijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) pada 15 November 2020 sehingga 30 September 2021. Kedua-dua GLC ini di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Selain itu, beliau telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (KPYPJ) pada tahun 2020.