Ketupat sotong

Ketupat sotong
Nama alternatifตูปะซูตง
JenisSajian sotong, ketupat 
Jenis sajianhidangan petang dan dimusim bulan Ramadan
Tempat asalKelantan, Malaysia Pattani, Thailand
Kawasan/rantauPantai Timur Semenanjung
Dicipta olehMelayu Kelantan
Suhu penghidangansuhu bilik
Bahan utamaPulut beras, Sotong, Nisan kerek, Gula kasar, Santan
Keragaman/variasiKetupat sotong putih (Terengganu)
sunting · sunting di Wikidata

Ketupat sotong (Kelantan, Melayu Pattani: tupak sutong, Thai: ตูปะซูตง, rumi: tū pa sū tng, lit.'pulut kukus sotong') atau juga dikenali sebagai sotong sumbat ialah makanan tradisi Melayu yang boleh didapati di Pantai Timur, Semenanjung Malaysia khususnya di Kelantan dan Terengganu, dan selatan Thailand di Yala dan Narathiwat.

Masakan ini merupakan sotong yang disumbat dengan pulut yang dimasak dalam santan pekat. Beras pulut ini akan dimasak bersama santan sebelum disumbat ke dalam sotong sebelum dihidang dengan kuah santan yang dicampurkan dengan nisan kerek (gula Melaka versi Kelantan) di Kelantan manakala di Terengganu, mengunakan gula batu atau gula biasa. Pulut beras merah juga digunakan bagi membuat ketupat sotong.

Ketupat sotong diiktiraf sebagai Objek Warisan Tidak Ketara Warisan Kebangsaan di Malaysia pada 2018.