Kesultanan Selangor Darul Ehsan

Negeri Selangor negeri yang berdaulat diperintahi oleh Sultan Selangor dan ditadbiri oleh Menteri Besar Selangor. Negeri Selangor adalah negeri yang termaju dan terkaya sekali di Malaysia. Kesultanan Selangor wujud pada sekitar tahun kurun ke 18 iaitu pada tahun 1748 Masihi. Sultan Selangor yang pertama Sultan Salehuddin Shah atau nama asalnya Raja Lumu merupakan anak kepada Yang di-Pertuan Muda Johor Raja Daeng Chelak yang berketurunan Bugis, bermula (Wangsa Diraja Bugis Luwu).Sultan Salehuddin Shah telahpun dinobatkan sebagai sultan Selangor oleh Sultan Perak.