Dipterocarpus

Dipterocarpus
Julat zaman:
Anak pokok D. bourdillonii dan buah
D. indicus, kededuanya dari Kerala, India
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Eudikot
Klad: Rosid
Order: Malvales
Keluarga: Dipterocarpaceae
Subkeluarga: Dipterocarpoideae
Genus: Dipterocarpus
C.F.Gaertn.
Spesies

Lihat teks

Dipterocarpus ialah genus tumbuhan berbunga dan genus jenis keluarga Dipterocarpaceae, yang sering disebut keruing. Dipterocarpus ialah genus ketiga terbesar dan paling rencam di kalangan Dipterocarpaceae. Spesies ini terkenal dengan balaknya, tetapi kurang diketahui penggunaannya dalam perubatan herba tradisional.

Genus ini terdiri daripada lebih kurang 70 spesies, ditemukan di Asia Selatan dan Asia Tenggara iaitu dari Sri Lanka dan India sampai ke Filipina. Dipterocarpus merupakan komponen utama hutan-hutan dipterokarpa. Nama generiknya datang daripada bahasa Yunani dan bermakna "buah bersayap dua".

Genus ini amat penting sebagai pokok balak, walaupun tidak sebegitu penting berbanding dengan Shorea.