Dipterocarpaceae

Dipterocarpaceae
Keruing-keruingan
Julat zaman:
Dipterocarpus retusus
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Eudikot
Klad: Rosid
Order: Malvales
Keluarga: Dipterocarpaceae
Blume (1825)
Genera

Dipterocarpaceae (turut disebut keruing-keruingan atau meranti-merantian) ialah keluarga dengan 16 genus dan sekitar 580-680 spesies yang kebanyakannya adalah pokok hutan hujan tanah rendah tropika. Nama keluarganya, daripada genus jenis Dipterocarpus, diambil daripada Yunani (di = dua, pteron = sayap dan carpus = buah) dan merujuk pada buahnya yang bersayap dua. Genus-genus terbesarnya termasuklah Shorea (360 spesies), Hopea (105 spesies), Dipterocarpus (70 spesies) dan Vatica (60 spesies).

Kebanyakan daripada spesies dalam keluarga Dipterocarpaceae besar dan tingginya biasa mencapai tinggi 40-70 m; beberapa sampai lebih 80 m (dalam genus Dryobalanops, Hopea dan Shorea), dengan spesimen hidup tertinggi (Shorea faguetiana) 93.0 m tinggi. Spesies-spesies dalam keluarga ini amat penting dalam perdagangan balak. Taburannya adalah di seluruh kawasan tropika, dari utara Amerika Selatan ke Afrika, Seychelles, India, Indochina, Indonesia, Malaysia dan Filipina. Kerencaman terbesar Dipterocarpaceae ditemui di Borneo. Kini, sebilangan spesies itu terancam kesan penebangan yang berlebihan, pembalakan haram yang meluas dan kemusnahan habitat. Ia membekalkan kayu yang bernilai, minyak pati yang harum, balsam dan resin, dan menjadi sumber bagi papan lapis.