Kereta kebal Panzer IV

Panzerkampfwagen IV
Kereta kebal Panzer IV Ausf G. dalam warna gurun, membawa lencana pokok palma bagi Division Infantri ke-33/Division Panzer ke-15 bagi Kor Afrika.
JenisKereta kebal sederhana
Tempat asal Jerman Nazi
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan1939–1967
Digunakan olehNazi Jerman
Romania
Turki
Hungary
Bulgaria
Finland
Sepanyol
Croatia
Syria
PerangPerang Dunia II, Perang Enam Hari
Sejarah pengeluaran
PerekaKrupp
Direka1936
PengeluarKrupp, Steyr-Daimler-Puch
Kos unit~ 103,462 Reichsmarks
Dihasilkan1936–45
Jumlah dibina8,533 dari semua versi
Spesifikasi (Pz IV Ausf H, 1943)
Berat25.0 tonne (27.6 short ton; 24.6 long ton)
Panjang5.92 meter (19 ka 5 in)
7.02 meter (23 ka 0 in) gun forward
Lebar2.88 m (9 ka 5 in)
Tinggi2.68 m (8 ka 10 in)
Krew5 (komander, penembak, pengisi peluru, pemandu, operator radio/bow machine-gunner)

Armor10–80 mm (0.39–3.15 in)
Senjata
pertama
7.5 cm (2.95 in) KwK 40 L/48 main gun (87 rds.)
Senjata
kedua
2–3 × 7.92-mm Maschinengewehr 34
Enjin12-silinder Maybach HL 120 TRM
300 PS (296 hp, 220 kW)
Kuasa/berat12 PS/t
Transmisi6 forward and 1 reverse ratios
Sistem ampaianLeaf spring
Kapasiti minyak470 l (120 US gal)
Jarak
operasi
200 km (120 bt)
Kelajuan42 km/j (26 mph) road, 16 km/j (9.9 mph) off road

Panzerkampfwagen IV (Pz.Kpfw. IV), biasanya dikenali sebagai Panzer IV, adalah kereta kebal serdahana yang dibangunkan oleh Nazi Jerman pada akhir 1930-an dan digunakan dengan meluasnya semasa Perang Dunia Kedua. Nama inventori pelurunya adalah Sd.Kfz. 161.

Panzer IV adalah kereta kebal Jerman yang paling banyak dihasilkan dan kenderaan perisai kedua yang paling banyak dibuat oleh Jerman selama Perang Dunia Kedua, dengan sekitar 8,500 dibina. Sebagai kereta kebal Jerman paling meluas dihasilkan dan digunakan semasa Perang Dunia Kedua, kereta kebal Panzer IV digunakan sebagai asas bagi kebanyakan kenderaan tempur lain, termasuk pemusnah kereta kebal Sturmgeschütz IV, senjata anti pesawat gerak sendiri Wirbelwind, dan meriam gerak sendiri Brummbär.

Panzer IV dilihat dalam perkhidmatan di semua teater pertempuran yang melibatkan Jerman dan merupakan satu-satunya kereta kebal Jerman yang kekal dalam pengeluaran sepanjang perang. Panzer IV menerima pelbagai peningkatan dan pengubahsuaian reka bentuk, bertujuan untuk mangatasi kereta kebal baru sekutu. Secara amnya, melibatkan peningkatan perisai perlindungan Panzer IV dan menaik taraf senjata.

Panzer IV sebahagiannya digantikan oleh kereta kebal serdahana Panther, yang diperkenalkan untuk menentang kereta kebal T-34 Soviet, walaupun Panzer IV terus komponen dalam formasi perisai Jerman sehingga akhir perang. Panzer IV merupakan kereta kebal yang paling banyak dieksport dalam perkhidmatan Jerman, dengan kira-kira 300 yang dijual kepada sekutu Jerman seperti Finland, Romania, Sepanyol dan Bulgaria. Selepas perang, Syria memperoleh Panzer IV dari Perancis dan Czechocslovakia, yang menyaksikan pertempuran pada Perang Enam Hari 1967. 8,533 Panzer IV dari semua versi dibina semasa Perang Dunia Kedua.