Kerajaan Beraja Hungary Timur

Kerajaan Beraja Hungary Timur
Keleti Magyar Királyság
1526–1551

1556–1570
Jata
Kerajaan Beraja Hungary Timur sekitar 1550
StatusNegeri Naungan Empayar Uthmaniyyah
Ibu negaraBuda (1526–41)
Lippa (1541–42)
Gyulafehérvár (1542–70)
KerajaanMonarki
Raja 
• 1526–1540
John I (pertama)
• 1540–1570
John II (terakhir)
Sejarah 
• Pertabalan John I
11 November 1526
• John I memberi taat setia kepada Sultan
19 Ogos 1529
• Perjanjian Nagyvárad
24 Februari 1538
• Perjanjian Speyer
16 Ogos 1570
Didahului oleh
Diganti oleh
Kerajaan Beraja Hungary (1301–1526)
Prinsipaliti Transylvania (1570–1711)
Sekarang sebahagian dari Hungary
 Romania
 Slovakia
 Ukraine
 Serbia
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "continent"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "region"

Kerajaan Beraja Hungary Timur (dalam bahasa Hungary: Keleti Magayar Királyság) adalah nama moden yang digunakan untuk merujuk kawasan di bawah pemerintahan John Zápolya dan anak lelaki beliau John Sigismund Zápolya, yang mencabar tuntutan takhta pemerintahan yang dibuat oleh Kerabat Habsburg untuk memerintah Kerajaan Beraja Hungary bermula pada tahun 1526 sehingga 1570. Zápolyas memerintah bahagian timur Hungary, sementara raja-raja Habsburg (Ferdinand dan Maximilian) memerintah kawasan barat. Habsburg beberapa kali membuat percubaan untuk menyatukan seluruh Hungary di bawah pemerintahan mereka tetapi dihalang oleh empayar Uthmaniyyah yang memberi sokongan dan bantuan kepada Kerajaan Beraja Hungary Timur.

Kawasan pemerintahan sebenar di bawah Zápolya tidak pernah dimuktamadkan, kerana kedua-dua kerajaan Habsburg dan Zápolyas menuntut keseluruhan wilayah Hungary. Satu persetujuan pembahagian sementara wilayah telah dibuat dalam Perjanjian Nagyvárad pada tahun 1538. Kerajaan Beraja Hungary Timur merupakan pendahulu kepada Prinsipaliti Transylvania (1570–1711), yang ditubuhkan dalam Perjanjian Speyer (1570).