Kerabat Plantagenet

Kerabat Plantagenet
Jata Plantagenet
Kerabat indukKerabat Ingelger
Negara
Diasaskanabad ke-12
PengasasGeoffrey V dari Anjou
Pemerintah terakhirRichard III dari England
Gelaran
  • Raja England
  • Raja Perancis (tuntutan)
  • Raja orang Rom (pada nama sahaja)
  • Raja Sicily (tuntutan)
  • Lord Ireland
  • Lord Cyprus
  • Putera Wales
  • Duke Aquitaine
  • Duke Normandy
  • Duke Brittany
  • Duke Gascony
  • Duke Cornwall
  • Duke Gloucester
  • Duke Clarence
  • Duke Aumale
  • Count Anjou
  • Count Maine
  • Count Mortain
  • Count Nantes
  • Count Poitou
  • Earl dari Buckingham
  • Earl dari Cornwall
  • Earl dari Chester
  • Earl dari Essex
  • Earl dari Ulster
  • Earl dari Norfolk
  • Earl dari Kent
  • Earl dari Lancaster
  • Earl dari Leicester
  • Earl dari Salisbury
  • Earl dari Richmond
Pembubaran
  • 1499 (male)
  • 1541 (female)
Penurunan takhta1485 (1485)
Cabang kadetKerabat Lancaster
Kerabat York
Kerabat Beaufort (legitimised)

Kerabat Plantagenet (sebutan AFA: /plænˈtædʒənət/; Jawi: ڤلانتاجنت) ialah keluarga keturunan raja-raja yang memerintah England dari tahun 1154 hingga 1399, dari pemerintahan Henry II sehingga Kerabat Tudor naik kuasa selepas Richard III tewas dalam Pertempuran Padang Bosworth pada tahun 1485. Ramai ahli sejarah menggelarkan raja-raja ini sebagai Angevin yang bermaksud "dari Anjou".

Segala bermula dengan count-count Angevin dari wilayah barat Perancis bernama Anjou. Terdapat tiga kerabat yang berbeza di rantau ini: Angevin, Kerabat Lancaster, dan Kerabat York. Puak Lancaster dan York berperang melawan satu sama lain dalam Perang Ros untuk menuntut mahkota untuk dinasti mereka sendiri.

England telah berubah di bawah pemerintahan Plantagenet, walaupun hanya separuh sengaja. Raja-raja Plantagenet sering dipaksa mencapai kompromi seperti Magna Carta, yang membataskan kuasa raja untuk mendapat sokongan kewangan dan tentera. Raja bukan lagi satu-satunya orang paling berkuasa dalam negeri—memegang kuasa membuat keputusan, ufti feudal dan berperang, tetapi mempunyai tugas-tugas yang ditakrifkan kepada negeri, disokong oleh sistem keadilan yang lebih mendalam. Identiti kebangsaan yang berbeza dibentuk oleh konflik mereka dengan Perancis, Scotland, Wales dan Ireland, serta dengan pengasasan bahasa Inggeris Pertengahan sebagai bahasa utama.

Pada abad ke-15, Plantagenet dikalahkan dalam Perang Seratus Tahun dan dihantui dengan masalah sosial, politik dan ekonomi. Pemberontakan rakyat marhaen, dipicu oleh penafian pelbagai macam kebebasan, menjadi kebiasaan. Bangsawan Inggeris membesarkan tentera persendirian, terlibat dalam pergaduhan peribadi, dan secara terang-tetap menentang Henry VI.

Persaingan antara kedua-dua cabang Kerabat Plantagenet, York dan Lancaster, membawa kepada Peperangan Mawar, pergelutan berdekad-dekad untuk merebut takhta England. Ia mencapai kemuncaknya dalam Pertempuran Padang Bosworth pada tahun 1485, apabila pemerintahan Plantagenet dan Inggeris Abad Pertengahan berakhir dengan kemangkatan Richard III. Henry VII, seorang Lancaster, menjadi raja England; lima bulan kemudian baginda mengahwini Elizabeth dari York, menamatkan Peperangan Mawar dan mengangkat Kerabat Tudor. Kerabat Tudor berusaha untuk menguatkuasakan kuasa diraja England, yang membolehkan mereka mengelak sebahagian masalah yang melanda raja-raja Plantagenet yang lepas. Kestabilan yang datang memulakan Nahdah Inggeris dan penubuhan awal Britain moden. Setiap raja England, dan kemudiannya United Kingdom, dari Henry VII hingga kini adalah keturunan Plantagenet.