Kenji Sawahi
Kenji Sawahi | |
|---|---|
| Kelahiran | Lim Boon Wah 23 Januari 1963 |
| Pusat pendidikan | Universiti Teknologi Malaysia |
| Pekerjaan |
|
| Tahun aktif | 1986–kini |
Lim Boon Wah (lahir 23 Januari 1963) atau lebih dikenali sebagai Kenji Sawahi (kadangkala disebut Kenji Sawahii) ialah pelakon dan pengarah filem lelaki Malaysia. Kenji mula berlakon pada 1986 dengan memegang watak utama dalam drama 26 episod Mata Kristal untuk RTM 2 yang diarahkan oleh Lawrence Chan dari Singapura. Mimpi Ngeri lakonan Alice Voon yang ditayangkan di TV3 pada tahun 1989 arahan pertama Kenji.