Kemensah
Kemensah atau Kemesah merupakan kawasan penempatan merangkumi kampung dan perumahan mewah. Nama tempat ini diambil sempena nama sungai yang mengalir di kawasan ini, dipanggil Sungai Kemensah. Kawasan ini terletak di mukim Hulu Kelang di dalam daerah Gombak. Kawasan ini majoritinya diduduki oleh orang Melayu selain diduduki bangsa Cina, India, orang Asli dan warga asing.