Kementerian Kewangan (Singapura)

Kementerian Kewangan
کمنترين کواڠن
Logo MOF

The Ministry of Finance, Singapore is headquartered at The Treasury on High Street, Singapore
Intisari agensi
Bidang kuasa
Pemerintah Singapura
Ibu pejabatThe Treasury
Kakitangan1523
Belanjawan tahunan S$ 683.69 juta (2010)
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif agensi
  • Peter Ong Boon Kwee, Setiausaha Tetap
  • Lim Soo Hoon, Setiausaha Tetap (Kewangan) (Prestasi)
  • Yee Ping Yi, Timbalan Setiausaha (Dasar)
  • Ngien Hoon Ping, Timbalan Setiusaha (Prestasi)
Agensi-agensi anak
Laman sesawang
www.mof.gov.sg
ID agensiT08GA0013E

Kementerian Kewangan (bahasa Inggeris: Ministry of Finance, singkatan: MOF; Cina: 新加坡财政部; Tamil: நிதி அமைச்சு) ialah badan berkanun dalam Pemerintah Republik Singapura yang bertanggungjawab dalam mentadbir dan mengawal atur institusi kewangan dan struktur ekonomi Singapura. Kementerian ini dipimpin oleh Menteri Kewangan.

Statut pengawalan dan undang-undang utama kuasa kementerian ini adalah Akta Akauntan, Akta Perkongsian Piawaian Perakaunan, Akta Pendaftaran Perniagaan, Akta Syarikat, Akta Perkongsian Terhad dan Akta Perkongsian Liabiliti.

Fungsi Kementerian Kewangan dalam Pemerintah ialah untuk memastikan bahawa perniagaan yang berjalan di Singapura bersesuaian dengan piawaian dan amalan antarabangsa dalam pelbagai bidang seperti peraturan undang-undang, standard perakaunan dan prinsip tadbir urus syarikat .