Kembara Mahkota Johor
| Kembara Mahkota Johor کمبارا مهکوتا جوهر | |
|---|---|
| Mula | Sejak 2001 |
| Lokasi | Johor |
| Negara | Malaysia |
| Pengasas | Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar |
Paling terkini | 5-8 Ogos 2023 (edisi ke-23) |
Acara utama | Lawatan ke seluruh negeri dan menyantuni bangsa Johor |
| Ketua Rombongan (Tunku Mahkota Johor) | Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim |
Laman sesawang | https://www.johor.gov.my/rakyat/kembara-mahkota-johor |
| sunting | |
Kembara Mahkota Johor (singkatan: KMJ, Inggeris: Johor Royal Excursion, Cina: 柔佛王室亲善之旅) ialah siri jelajah diraja negeri Johor Darul Takzim di bawah naungan Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar) sejak tahun 2001.
Dalam kembara ini, baginda menggunakan motosikal berkuasa tinggi, kereta pacuan empat roda, dan kereta api, malah bot ke seluruh pelosok negeri Johor tidak kira di bandar, pekan, kampung, kawasan pedalaman dan kepulauan sekitarnya.