Kembar
Kembar merupakan kelahiran berganda apabila seorang ibu melahirkan dua atau lebih anak daripada kandungan yang sama. Pasangan kembar boleh berjantina sama atau berlainan. Kelahiran berganda yang lebih dari dua disebut kembar tiga, kembar empat dan seterusnya.
Kembar manusia merupakan dua individu yang berkongsi uterus pada masa yang sama, dan selalunya lahir berturut-turut dalam jangka masa yang dekat. Disebabkan Ibu mempuyai ukuran rahim sangat ataupun agak sedikit terhad dari segi saiz bukaan pintu rahim, ibu kepada pasangan kembar jarang mengandung sehingga tempoh penuh 40 minggu, dengan tempoh purata kembar dua cuma 37 minggu. Disebabkan kelahiran pramasa boleh memberikan kesan kepada kesihatan bayi, kelahiran kembar sentiasa diawasi dengan langkah beringat-ingat.