Kematian Karpal Singh
Toyota Alphard yang dinaiki oleh Karpal dan enam yang lain termasuk pembantu peribadinya terlibat dalam kemalangan lebuhraya pada pagi Khamis. | |
| Tarikh | 17 April 2014 |
|---|---|
| Masa | 1:30 pagi (Waktu Malaysia) |
| Lokasi | Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara, Gua Tempurung, Perak |
| Penyebab | Kemalangan jalan raya |
| Kematian | 2 |
| Kecederaan | 4 |
Ahli politik dan peguam, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan lebuh raya yang berlaku di KM 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak pada jam 1:30 pagi hari Khamis, 17 April 2014. Dipercayai bahawa beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang bagi menghadiri satu perbicaraan kes mahkamah kemudian pada waktu pagi. Kemalangan dikatakan berlaku apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard yang dinaikinya telah melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat. Kejadian ini berlaku sebulan selepas Karpal melepaskan jawatannya sebagai pengerusi DAP setelah didapati bersalah dalam kes hasutan.