Kemaskulinan

Kemaskulinan atau kelelakian (Mal.: maskuliniti, Ind.: maskunilitas) ialah satu sifat, tingkah laku, dan peranan yang berkaitan dengan lelaki. Ia difahamkan sebagai suatu binaan sosial berbeza daripada takrifan yang difahami umum terhadap seks biologi lelaki. Piawai keperibadian atau kemaskulinan berbeza-beza mengikut budaya dan tempoh sejarah yang berbeza. Kedua-dua lelaki dan perempuan boleh mempamerkan sifat dan tingkah laku lelaki.

Ciri-ciri tradisi yang dilihat sebagai bersifat kelelakian dalam masyarakat Barat termasuk kekuatan, keberanian, kebebasan, kepimpinan, keganasan, dan ketegasan. Machismo ialah satu bentuk kejantanan yang menekankan kuasa dan sering dikaitkan dengan ketidakpatuhan akibat dan tanggungjawab.