Kelpie Australia

Kelpie Australia
Seekor kelpie Australia
Nama lainKelpie
barb
Nama ringkasFarmer dog
Negara asalAustralia
Trait
Berat 13–19 kg (29–42 lb)
Tinggi 39–51 cm (15–20 in)
Bulu lapis bulu ganda pendek
Warna hitam, hitam dan sawo matang, merah, merah dan sawo matang, coklat, coklat dan sawo matang, biru, biru dan sawo matang, perang kekuning-kuningan, perang kekuning-kuningan dan sawo matang, krim, hitam dan putih
Anjing (Canis lupus familiaris)

Kelpie Australia atau hanya kelpie ialah anjing gembala biri-biri Australia yang berkemampuan dalam pengumpulan haiwan ternakan dan penggiringan dengan sedikit panduan atau tanpa panduan langsung. Ia merupakan anjing bersaiz sederhana dan terdapat dengan pelbagai warna. Kelpie telah dieksport ke seluruh dunia dan digunakan untuk mengumpulkan haiwan ternakan, terutamanya biri-biri, lembu, dan kambing.

Baka ini telah terpisah kepada dua keragaman tersendiri: Kelpie Pertunjukan (atau Bangku) dan Kelpie Pekerja. Kelpie Pertunjukan terlihat dalam pertunjukan anjing pengakuran di sesetengah negara dan terpilih untuk penampilan berbanding dengan naluri kerja sementara Kelpie Pekerja dibiakbakakan untuk kebolehan kerjanya.