Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010 (CONMEBOL)

Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010 (CONMEBOL) adalah pusingan zon Amerika Selatan bagi kelayakan Piala Dunia FIFA 2010 menyaksikan 10 pasukan bersaing bagi tempat-tempat di pusingan akhir yang diadakan di Afrika Selatan. Format ini memang sama digunakan bagi kelayakan tiga Piala Dunia yang lalu yang telah dianjurkan oleh CONMEBOL. Para perlawanan telah dijadualkan supaya terdapat dua perlawanan di dalam seminggu, bertujuan untuk mengurangkan masa perjalanan pemain terutama pada para pemain yang bermain di Eropah.

Empat pasukan teratas di dalam kedudukan terakhir akan layak secara automatik bagi Piala Dunia FIFA 2010. Pasukan yang berada di tempat ke-5 akan bertemu dengan pasukan tempat ke-4 daripada kelayakan CONCACAF di dalam suatu play-off bagi satu tempat di dalam Piala Dunia FIFA 2010.