Kelayakan Piala Dunia FIFA 2006 (AFC)
Berikut adalah rentetan keputusan perlawanan-perlawanan Kelayakan Piala Dunia FIFA 2006 (AFC) bagi Asia.
Ada 44 pasukan Asia yang mempunyai sekutu dengan FIFA, tetapi Kemboja, Filipina, Bhutan dan Brunei Darussalam telah memutuskan untuk tidak mengambil bahagian, dan Myanmar telah dihalang daripada menyertai pertandingan, maka sejumlah 39 pasukan mengambil bahagian, bertanding untuk 4.5 tempat di dalam Piala Dunia.
Kejohanan kelayakan ini mengandungi tiga pusingan. Hanya 14 pasukan terbawah menurut FIFA mengambil bahagian di dalam Pusingan Awal, yang mana mereka dipasangkan 2-dengan-2 dan telah bermain perlawanan kalah mati di tempat sendiri dan tempat lawan. Pemenang 7 akan bergabung dengan 25 pasukan lain dalam Pusingan Kedua, yang mana 32 pasukan akan dibahagikan kepada 8 kumpulan yang setiapnya mempunyai 4 pasukan. Pasukan-pasukan pada setiap kumpulan akan bermain melawan satu sama lain di tempat sendiri atau di tempat lawan, dan kumpulan yang paling banyak dalam setiap pasukan akan mara ke pusingan ketiga.
Di dalam Pusingan ketiga, baki 8 pasukan akan dibahagikan di dalam dua kumpulan yang mana setiap daripadanya mengandungi 4 pasukan, yang mana akan bermain menentang sesama mereka dalam perlawanan tempat sendiri dan tempat lawan. Dua pasukan yang mempunyai kelebihan mata pada setiap kumpulan akan layak ke Piala Dunia. Dua pasukan tempat ketiga akan bermain secara timbal balik dalam perlawanan tempat sendiri dan tempat lawan. Pemenang play-off akan bermain menentang pasukan tempat keempat di dalam Pusingan Akhir CONCACAF di dalam satu perlawanan timbal balik antara benua bagi mendapatkan satu tempat di dalam Piala Dunia.