Kelantan F.C.

Kelantan FC
Nama penuhKelab Bola Sepak Kelantan
(Kelantan Football Club)
GelaranThe Red Warriors (TRW)
Diasaskan1946 (1946) sebagai KAFA (Kelantan FA)
2021 (2021) sebagai Kelantan FC
Dimansuhkan2024
StadiumStadium Sultan Muhammad IV,
Kelantan
(Kapasiti: 30 000)
PemilikNorizam Tukiman
PengurusAlfredo Angel Vera
JurulatihManja Man
LigaLiga Super Malaysia
2023Liga Super Malaysia, Ke-14
Tapak sesawangLaman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan
Warna ketiga
Musim semasa

Kelab Bola Sepak Kelantan(Inggeris: Kelantan Football Club) merupakan sebuah kelab bola sepak profesional di Malaysia yang dimiliki oleh Norizam Tukiman. Pasukan ini mendapat saingan peminat dengan Kelantan Darul Naim F.C. yang mana membawa nama Kelantan.

Pasukan ini lebih dikenali sebagai Pahlawan Merah (The Red Warriors) ini berpangkalan di Jajahan Kota Bharu, ibu negeri Kelantan. Stadium utama pasukan ini ialah Stadium Sultan Muhammad Ke-IV yang berkapasiti 30,000. Pada musim 2023, pasukan ini kembali bersaing dalam Liga Super Malaysia 2023 namun pada tahun 2024, Kelantan F.C. gagal membayar gaji pemain yang menyebabkan Kelantan F.C. disekat bermain di Liga Super dan Liga Premier.