Kekhanan Kara-Khanid

Kekhanan Kara-Khanid
840–1212
Kawasn Kara-Khanid, sekitar 1000 M.
StatusKekhanan
Ibu negara
Bahasa yang umum digunakan
Agama
KerajaanMonarki
Khagan 
• 840–893 (pertama)
Bilge Kul Qadir Khan
• 1204–1212 (terakhir)
Uthman Ulugh
Hajib (canselor) 
• Abad ke-11
Yūsuf Balasaguni
Sejarah 
• Didirikan
840
• Dibubarkan
1212
Didahului oleh
Diganti oleh
Karluk Yabghu
Kekhaganan Uyghur
Samaniyah
Kerajaan Khotan
Empayar Khoarezmiyah
Qara Khitai

Kekhanan Kara-Khanid (Parsi: قراخانیان, rumi: Qarākhāniyān; Cina tradisional: 喀喇汗國)), juga dieja Karakhanid, Qarakhanid, Ilek Khanid[6] serta Afrasiabid (Parsi: آل افراسیاب, rumi: Āl-i Afrāsiyāb, lit.'Wangsa Afrasiab'), ialah sebuah kekhanan Turkik yang mentadbir kawasan Asia Tengah dari abad ke-9 hingga awal abad ke-13. Nama dinasti ini merujuk kepada gelaran diraja yang dipakai, dengan Kara Kağan berperanan sebagai gelaran tertinggi dalam kebudayaan Turki hingga pengakhiran empayar.

Kekhanan ini menakluki Transoxiana di Asia Tengah dan menakluki kota itu dari 999–1211. Penaklukan Transoxiana menandakan peralihan pengaruh Parsi ke tangah bangsa Turki di Asia Tengah, tetapi beransur-ansur menerapkan kebudayaan Islam Parsi-Arab sementara mengekalkan sebahagian budaya peribumi mereka.