Empayar Khoarezmiyah
Empayar Khoarezmiyah, juga digelar sebagai Shah Khoarezmi (Parsi: خوارزمشاهیان, Khoarezmishahian, Raja Khoarezmi) adalah Empayar Parsi Islam yang diasaskan oleh tentera Turki Mamluk. Empayar ini memerintah kawasan Iran dan Asia Tengah dan pada mulanya adalah negeri naungan kerajaan Seljuk. Serangan tentera Mongol pada tahun 1220 mengakhiri riwayat empayar ini. Pengasas kerajaan ini ialah Anush Tigin Gharchai, seorang bekas hamba Sultan Seljuk, yang dilantik menjadi gabernor di wilayah Khoarezmi. Putera beliau, Qutbuddin Muhammad I mejadi pewaris pertama memakai gelaran Shah Khoarezmi.