Kek lapis Sarawak

Kek Lapis Sarawak
Kek lapis berwarna mengandungi kismis
Nama alternatifKek lapis Sarawak, Kek lapis Moden Sarawak, Kek Sarawak, Kek lapis
JenisKek lapis
Tempat asal Malaysia
Kawasan/rantau Sarawak
Bahan utamaMentega, tepung gandum atau minyak sayuran, gula, telur, seri kaya
sunting · sunting di Wikidata

Kek Lapis Sarawak (كيك لاڤيس سراوق) adalah sejenis kek lapis yang lazimnya dihidangkan di Sarawak, Malaysia pada majlis-majlis khas. Dalam bahasa Melayu, kek itu dikenali sebagai kek lapis Sarawak, kek lapis moden Sarawak, atau hanya kek lapis. Kek lapis Sarawak sering dihidangkan semasa perayaan keagamaan atau kebudayaan seperti Aidilfitri, Krismas, Diwali, hari lahir dan majlis perkahwinan serta dijadikan sebagai buah tangan oleh pelancong yang berkunjung ke Sarawak. Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi rumah terbuka pada hari perayaan. Ciri unik rumah terbuka di Sarawak adalah kek berlapis moden.