Kejohanan Trofi Hassanal Bolkiah 2012

Kejohanan Trofi Hassanal Bolkiah 2012
logo Kejohanan Trofi Hassanal Bolkiah 2012
Perincian kejohanan
Negara tuan rumah Brunei
Tarikh24 Februari - 9 Mac
Pasukan10
Tempat(di 1 bandar)
Kedudukan Akhir
Juara Brunei (Kejuaraan Ke-1)
Naib Juara Indonesia
Tempat Ketiga Myanmar
 Vietnam (dikongsi)
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan23
Jaringan gol65 (2.83 per perlawanan)
Penjaring terbanyak Kyaw Zayar Win
(6 gol)
2014

Kejohanan Trofi Hassanal Bolkiah 2012 adalah edisi keempat kejohanan jemputan yang dianjurkan oleh Brunei. Kejohanan ini diadakan di Brunei antara 25 Februari hingga 5 Mac 2012. Pertandingan ini adalah untuk pemain di bawah umur 21 tahun dan diadakan buat kali keempat selepas 2002, 2005 dan 2007. Kejohanan ini tidak diadakan pada tahun 2009 berikutan penggantungan yang dikenakan ke atas Persatuan Bolasepak Brunei (BAFA) oleh FIFA. Penganjur Kejohanan Trofi Hassanal Bolkiah 2012 telah menawarkan USD 15,500 sebagai hadiah untuk juara. Pada asalnya semua pasukan ASEAN sepatutnya mengambil bahagian di Kejohanan Trofi Hassanal Bolkiah 2012 (HBT 2012), Walau bagaimanapun, Thailand akhirnya menarik diri sebelum perlawanan dimainkan.