Kejohanan Eropah UEFA Wanita 2022

Kejohanan Wanita Eropah UEFA 2022
UEFA Women's Euro 2022
Perincian kejohanan
Negara tuan rumah England
Tarikh6–31 Julai
Pasukan16
Tempat10 (di 8 bandar)
Kedudukan Akhir
Juara England (Kejuaraan Ke-1)
Naib Juara Jerman
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan31
Jaringan gol95 (3.06 per perlawanan)
Kehadiran574,865 (18,544 per perlawanan)
Penjaring terbanyak Beth Mead
Alexandra Popp
(6 gol setiap seorang)
Pemain terbaik Beth Mead
Permain muda terbaik Lena Oberdorf
← 2017
2025 →

Kejohanan Bola Sepak Wanita Eropah UEFA 2022, yang biasanya dirujuk sebagai Liga Wanita Euro UEFA 2022 atau ringkasnya Euro 2022, ialah edisi ke-13 Kejohanan Wanita UEFA, kejohanan bola sepak antarabangsa empat-tahunan yang dianjurkan UEFA bagi pasukan kebangsaan wanita Eropah. Ia merupakan edisi kedua sejak ia diperluaskan kepada 16 pasukan. Kejohanan itu dianjurkan oleh England, dan pada asalnya dijadualkan berlangsung dari 7 Julai hingga 1 Ogos 2021. Bagaimanapun, berikutan pandemik COVID-19 di Eropah dan penangguhan Sukan Olimpik Musim Panas 2020 serta UEFA Euro 2020 ke musim panas 2021, kejohanan itu dijadualkan semula pada 6 hingga 31 Julai 2022. Kali terakhir England menjadi tuan rumah kejohanan itu adalah pada 2005, yakni edisi terakhir yang menampilkan lapan pasukan.

Juara bertahan Belanda, yang memenangi UEFA Wanita Euro 2017 sebagai tuan rumah, telah disingkirkan pada suku akhir oleh pasukan Perancis. Tuan rumah England memenangi kejohanan Wanita UEFA pertama mereka dengan menewaskan Jerman 2–1 selepas masa tambahan pada perlawanan akhir, yang diadakan di Stadium Wembley, London. Sebagai pemenang, mereka akan bersaing dalam Finalissima Wanita 2023 sulung menentang Brazil, pemenang Copa América Femenina 2022.

Pembantu pengadil video (VAR) serta teknologi garisan gol, digunakan dalam kejohanan akhir.