Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan 1935

Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan 1935
Perincian kejohanan
Negara tuan rumah Peru
Tarikh6 Januari - 27 Januari
Pasukan(dari 1 konfederasi)
Tempat(di 1 bandar)
Kedudukan Akhir
Juara Uruguay (Kejuaraan Ke-7)
Naib Juara Argentina
Tempat Ketiga Peru
Tempat Keempat Chile
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan6
Jaringan gol18 (3 per perlawanan)
Penjaring terbanyak Herminio Masantonio (4 gol)

Edisi ke 13 Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan telah diadakan di Lima, Peru bermula dari 6 Januari hingga 27 Januari, 1935.

Selepas Piala Dunia FIFA 1930 di mana pasukan Uruguay mengalahkan pasukan Argentina dengan skor 4-2 dalam perlawanan akhir tersebut, pasukan Argentina memutuskan tali persahabatan bola sepak di antara mereka dan pasukan Uruguay, dengan menyatakan bahawa mereka telah dikecam dengan teruk dalam kejohanan tersebut.

Enam tahun selepas kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan yang terakhir, kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan diteruskan di mana kejohanan ini tidak menawarkan sebarang piala, sebaliknya menjadi acara untuk kelayakan ke Sukan Olimpik 1936 yang akan diadakan di Berlin, Jerman.

Negara-negara yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini termasuklah Argentina, Chile, Peru, dan Uruguay. Manakala Brazil, Bolivia dan Paraguay menarik diri dari menyertai kejohanan ini