Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan 1922
| Perincian kejohanan | |
|---|---|
| Negara tuan rumah | Brazil |
| Tarikh | 17 September - 22 Oktober |
| Kedudukan Akhir | |
| Juara | Brazil |
| Naib Juara | Paraguay |
| Tempat Ketiga | Uruguay |
| Statistik kejohanan | |
| Jumlah perlawanan | 11 |
| Penjaring terbanyak | Julio Francia |
Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan 1922 merupakan edisi keenam kejohanan untuk negara-negara di benua Amerika Selatan. Pada asalnya, kejohanan ini dijangka akan berlangsung di Chile, tetapi Brazil meminta agar ianya diadakan di sana sebagai sebahagian daripada meraikan ulangtahun ke-100 kemerdekaan negara itu. Hasilnya, kejohanan ini telah diadakan di Rio de Janeiro bermula pada 17 September sehingga 22 Oktober 1922.
Negara-negara yang menyertai kejohanan ini ialah negara ahli CONMEBOL (sehingga tahun 1922) iaitu: Argentina, Brazil, Chile, Paraguay dan Uruguay.