Piala AFF 2020
| Piala Suzuki AFF 2020 | |
|---|---|
| Perincian kejohanan | |
| Negara tuan rumah | Singapura |
| Tarikh | 5 Disember 2021 – 1 Januari 2022 |
| Pasukan | 10 (dari 1 sub-konfederasi) |
| Tempat | 2 (di 1 bandar) |
| Kedudukan Akhir | |
| Juara | Thailand (Kejuaraan Ke-6) |
| Naib Juara | Indonesia |
| Separuh Akhir | Vietnam Singapura |
| Statistik kejohanan | |
| Jumlah perlawanan | 26 |
| Jaringan gol | 88 (3.38 per perlawanan) |
| Kehadiran | 103,422 (3,978 per perlawanan) |
| Penjaring terbanyak | Safawi Rasid Chanathip Songkrasin Teerasil Dangda Bienvenido Marañón (Masing-masing 4 gol) |
| Pemain terbaik | Chanathip Songkrasin |
| Anugerah Permainan Bersih | Indonesia |
← 2018 2022 → | |
Piala AFF 2020 merupakan edisi ketiga belas Kejohanan Bola Sepak ASEAN, sebuah kejohanan bola sepak negara-negara yang bersekutu dengan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), dan ketujuh di bawah nama Piala Suzuki AFF (atas sebab penajaan).
Kejohanan akhir pada asalnya dijadualkan berlangsung dari 23 November hingga 31 Disember 2020. Bagaimanapun kejohanan ditangguhkan dan sekurang-kurangnya dua kali dijadualkan semula kerana pandemik COVID-19; kejohanan ini dijadualkan semula untuk dijalankan pada 11 April hingga 8 Mei 2021 dan jadual kemudian diturunkan lagi hingga 5 Disember 2021 hingga 1 Januari 2022.
Vietnam merupakan juara bertahan, tetapi disingkirkan oleh Thailand di separuh akhir. Thailand menang kejohanan itu dengan kemenangan 6–2 dalam dua perlawanan timbal balik akhir menentang Indonesia untuk memastikan gelaran keenam mereka.