Kegabenoran Rif Dimashq
Kegabenoran Rif Dimashq
مُحافظة ريف دمشق | |
|---|---|
Peta Syria dengan Rif-dimashq diserlahkan | |
| Koordinat (Damsyik): 33°30′N 37°00′E / 33.5°N 37°E | |
| Negara | Syria |
| Ibu kota | Douma |
| Manatiq (Daerah) | 10 |
| Pentadbiran | |
| • Gabenor | Ahmed Ibrahim Khalil |
| Keluasan | |
| • Jumlah | 18,032 km2 (6,962 batu persegi) |
| Penduduk (2011) | |
| • Jumlah | 2,836,000 |
| • Kepadatan | 160/km2 (410/batu persegi) |
| Zon waktu | UTC+2 (EET) |
| • Musim panas (DST) | UTC+3 (EEST) |
| Kod ISO 3166 | SY-RD |
| Bahasa utama | Arab |
Kegabenoran Rif Dimashq (Arab: محافظة ريف دمشق, Moḥaafaẓat Reef Demashq, lit. "Kegabenoran Desa Damsyik") merupakan salah satu daripada empat belas kegabenoran (provinsi) Syria. Ia terletak di bahagian barat daya negara. Ia bersempadan dengan kegabenoran Quneitra, Daraa dan al-Suwayda di barat daya, Homs di utara, Lubnan di barat dan Jordan di selatan. Ibu kotanya ialah bandar Douma.
Kegabenoran mengelilingi sepenuhnya bandar dan kegabenoran Damsyik dan ia mempunyai keluasan 18,032 km² dan penduduk 2,273,074 (banci 2004).