Kee Thuan Chye

Kee Thuan Chye
Kelahiran (1954-05-25) 25 Mei 1954
PekerjaanWartawan, penyunting, penulis, dramatis, pelakon, dan pendukung hak awam
PasanganLim Choy Wan
Anak-anakSoraya Sunitra Kee Xiang Yin (anak perempuan), dan Jebat Arjuna Kee Jia Liang (anak lelaki)
Anugerah
  • Warga Malaysia Ke-34 Yang Paling Boleh Dipercayai dalam tinjauan 2010 yang dijalankan oleh Reader's Digest
  • Anugerah Kebebasan Bersuara The Annexe Heroes 2008
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "birthdate"

Kee Thuan Chye (lahir 25 Mei 1954) ialah pelakon, dramatis, pemuisi, dan wartawan Malaysia. Walaupun telah menceburi diri dalam bidang teater, filem, dan televisyen selama melebihi 30 tahun, beliau kini masih terus berlakon dan menulis. Pada 1981, Kee menjadi pengasas bersama sekumpulan teater yang bernama KAMI di Kuala Lumpur. Seorang pendukung hak awam yang terkemuka, Kee menyatakan pandangan politiknya melalui drama terhadap apa-apa jua yang tidak boleh dinyatakan dalam akhbar aliran utama di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA). Kee telah dipilih sebagai salah satu penerima awal Anugerah Kebebasan Bersuara The Annexe Heroes apabila anugerah itu dilancarkan pada 2008. Pada 2010, beliau juga dipilih sebagai Warga Malaysia Ke-34 Yang Paling Boleh Dipercayai dalam suatu tinjauan yang dijalankan oleh Reader's Digest.