Kawasan metropolitan New York

New York-Newark-Bridgeport, NY-NJ-CT-PA CSA
New York–Northern New Jersey–Long Island MSA

Nama biasa: New York Metropolitan Area
Bandar terbesar Bandar raya New York
Bandar-bandar lain  - Newark
 - Jersey City
 - Yonkers
 - Paterson
Penduduk  Pertama di AS
 - Jumlah CSA: 22,232,494
MSA: 19,069,796 (2009)
 - Kepadatan 2,838/batu persegi 
1,096/km²
Luas 6,720 batu persegi
17,405 km²
Negeri   - New York
 - New Jersey
 - Pennsylvania
 - Connecticut
Ketinggian   
 - Titik tertinggi Todt Hill, Staten Island: 409.8 kaki (124.9 m)
 - Titik terendah 0 kaki (0 m)

Kawasan metropolitan New York, juga dikenali sebagai New York Raya (Bahasa Inggeris: Greater New York) dan Kawasan Tri-State, merupakan kawasan metropolitan yang mempunyai penduduk terbanyak di Amerika Syarikat. Kawasan ini mempunyai seramai kira-kira 19 juta penduduk dan kepadatan 1,096 km² pada tahun 2009.

Kawasan ini dikenali sebagai Kawasan Perangkaan Metropolitan (MSA) New York–New Jersey Utara–Long Island dan Kawasan Perangkaan Gabungan (CSA) New York-Newark-Bridgeport bagi tujuan statistik dan pengajian demografi kerajaan.