Kawasan Undi Perseorangan Radin Mas
| Kawasan Undi Perseorangan bagi Parlimen Singapura | |
| Wilayah | Tengah |
| Pengundi | 24,980 |
| Kawasan undi semasa | |
| Dibentuk | 1976 |
| Kerusi | 1 |
| Parti | Parti Tindakan Rakyat |
| Wakil | Melvin Yong Yik Chye |
| Majlis Bandaran | Tanjong Pagar |
| Ditubuhkan dari | Henderson dan Telok Blangah |
| Dimansuh | 1988 |
| Diserap ke | Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Tiong Bahru |
| Berubah semula | 1991 |
| Berubah dari | Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Tanjong Pagar |
Kawasan Undi Perseorangan Radin Mas ialah sebuah kawasan undi perseorangan (SMC) yang terletak di tengah-tengah Singapura. SMC tersebut merangkumi kawasan Bukit Merah Tengah, separuh daripada kawasan Timur Telok Blangah, Estet Bukit Purmei dan Bukit Faber. SMC Radin Mas telah diukir keluar dari Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Tanjong Pagar semasa pilihan raya umum 2011.
Radin Mas lahir setelah sebahagian kawasan di Kawasan Undi Perseorangan Henderson dan Kawasan Undi Perseorangan Telok Blangah diukir keluar. Radin Mas pernah wujud sebagai kawasan undi tersendiri dari 1976 ke 1988 sebelum ia diserap ke dalam Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Tiong Bahru dan kemudiannya menjadi sebahagian dari Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Tanjong Pagar dari 1991 ke 2011.
Bersama dengan GRC Tanjong Pagar, SMC Radin Mas kini di bawah jagaan Majlis Bandaran Tanjong Pagar.