Kawasan Undi Perseorangan Kampong Glam
| Kawasan Undi Perseorangan bagi Parlimen Singapura | |
| Wilayah | Tengah Singapura |
| Pengundi | 20,044 (untuk pilihan raya 1997) |
| Kawasan undi tidak beroperasi | |
| Dibentuk | 1959 |
| Dimansuh | 2001 |
| Kerusi | 1 |
| Parti | Parti Tindakan Rakyat |
| Wakil | Loh Meng See (untuk Parlimen 1997-2001) |
| Majlis Bandaran | Jalan Besar |
| Digantikan dengan | Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Jalan Besar |
| Ditubuhkan dari | Kawasan Undi Rochore |
| Diserap ke | Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Kampong Glam |
| Berubah semula | 1991 |
| Berubah dari | GRC Kg Glam |
Kawasan Undi Perseorangan (SMC) Kampong Glam merupakan sebuah kawasan undi perseorangan yang terletak di Kampung Gelam, Singapura. Kawasan ini pernah berwujud sebagai Kawasan Undi Kampong Glam sahaja antara tahun 1959 sehingga 1988 dan berganti nama menjadi SMC Kampong Glam menjelang pilihan raya umum Singapura 1988. Kawasan ini mula-mula lahir sebagai kawasan yang memiliki jumlah pengundi terdaftar sekitar 7,000-an sahaja namun mengalami pertambahan pesat menjelang pilihan raya umum Singapura 1976, yakni apabila jumlah pengundi yang terdaftar melonjak pesat menjadi 18,000an penduduk.
SMC ini berubah bentuk menjadi Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Kampong Glam (GRC Kg Glam) untuk pilihan raya umum Singapura 1991 meskipun dibalik lagi menjadi SMC Kg Glam di tahun 1997. Sesudah pilihan raya 1997, kawasan ini dimasukkan ke dalam kawasan undi perwakilan berkumpulan Jalan Besar.